MH17 Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa

Ketua pengarah dan ketua pegawai eksekutif IATA, Tony Tyler menyatakan bahawa pesawat MH17 (Boeing 777) itu diletupkan di udara .Segala usaha perlu dilakukan untuk memastikan pencabulan seperti MH17 ini tidak berulang. [1] Laluan merentasi Ukraine sebelum ini diisytiharkan selamat dan diluluskan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa ICAO. MAS telahpun menggunakan laluan itu banyak kali selain 15 syarikat penerbangan di Asia Pasifik dan Eropah.[2] Pesawat lain seperti Thai Airways dan pesawat MAS MH3 juga menggunakan laluan sama pada hari yang sama.[3]